Untuk menemukan makna hidup yang benar, maka kita perlu merujuk kepada Al Quran yang merupakan firman Allah Yang Menghidupkan semua manusia. Tentu saja, Allah SWT yang paling mengetahui tentang hidup kita termasuk makna disebalik kehidup an setiap hambaNya.
Bolehkan kita mencari makna hidup dibawah bimbingan motivator?
Tentu saja boleh, jika motivator tersebut merujuk pula kepada Al Quran dan hadis. Jika rujukannya bukan Al Quran dan Hadis, maka kita perlu memikirkannya lagi.
Adakah kebenaran universal?
Ya, tentu saja. Kebenaran universal itu Al Quran sendiri. Ada orang yang tidak mahu mengikuti kebenaran Al Quran sehingga membuat “kebenaran baru” yang mereka terima. Ini masalah iman, perbezaan antara orang yang beriman dan tidak. Jika Anda orang yang beriman, tentu Anda akan menerima dengan sepenuh hati bahawa Al Quran adalah sumber kebenaran sejati, bukan yang lain.
Untuk itu, dalam mencari makna hidup, kita harus bertanya:
“apa itu hidup menurut Al Quran?”.
Silahkan baca dan faham setiap inci maksud yang terkandung di dalam Al Quran :)
by : Rossa Hm
No comments:
Post a Comment