Saturday, November 5, 2011

Budak nakal berkata :

Ramai yang berpendapat jika someone tu ade blog confirm banyak cakap. but , for me sendiri saya x macam tu kot. saya suka menulis or berimaginasi sahaja! but not too banyak cakap and bukan yang selalu ade MODAL bila bercakap. ada kalanya saya boleh jadi orang yang paling byk cakap but ade masa boleh jd seorang yg pendiam. Bergantung pada mood lah.
-Saya seorang yg mungkin boleh dikatakan pelik jugak lah. kenapa tu tatao lah kenapa pulak iye. tapi saya rasa saya seorang yg pelik sikit kot. hehehe...
-Alaa , kalau bab2 cantik tuh saya rasa tidak sama sekali kot!! saya seorang yang biasa dan tak ade pape pom , just ade kehidupan yg happy with my family and friends... Saya bangga dengan apa yang Allah swt telah kurniakan kepada saya. Yang penting sehingga ke hari ini saya still bernyawa lagi , thanks God!
-Saya tak pernah kisah dgn apa yang ada pada orang lain sebab saya selalu bersyukur dgn apa yang saya ada tidak kira kurang or sebaliknya! buat apa nk jealousy sesama manusia kan? tak der manfaat pom. baik tumpukan pada cara hidup kita sendiri...
-jadi kan orang lain as a our inspirations tu no hal lah . but jangan kita jadi diri orang lain sudah or berubah kerana orang lain! better berubah kerana ALLAH SWT and yourself ! that's most important...
-tak salah kalau kita try to find our own originality. no need lah nak copy and paste dgn yg lain. try to bergantung pd diri kita sendiri. baru lah hidup kita can go lebih jauh and get more success! ape yg penting be yourself!
-Saya paling pantang jika ade orang yang nak tentukan haluan hidup saya. buat ini x boleh, itu xboleh! i'm sorry okay! sebab my parents sndiri pom xpernah halang ttg apa yg saya buat. lgpom saya tahu apa yg saya buat and apa yg terbaik buat hidup saya. yang penting kita hidup berlandaskan kehendak Yang Maha Esa! So xperlu lah nak katakata, kutukkutuk, gossipigossip, kongkongkongkong ! xpayah nak susahusah la iye... saya ade akal fikiran dan tahu apa yg baik dan buruknya... FULLSTOP 


p/s : Adeh! sero ile sekok sebok hok dok raso selamo ni....

by : Rossa Hm

Careless :|

Jari melecur akibat terkena microwave yg panas. sakit lor!  Woooo - padam muka doe. hehe....




by : Rossa Hm

Friday, November 4, 2011

My HomeMade :)

Raya ooo Raya , 
Even semangat raya tak der but 
tetap making honey cornflakes with my lovely nephew and sista ,
Di perhatikan oleh si kecil 
(as a pengkritik la konon nya kan? hehe...) 





by : Rossa Hm



Thursday, November 3, 2011

Future BF!

i want this. i need this. i loves this. mom dad tolong faham keinginan anakmu ini, please! :)

Tuesday, November 1, 2011

Said :

Sesuatu yang akan menjadi milik kita di dunia ini samada rezeki, jawatan atau kedudukan, 
pasti Allah akan berikan. 
Tetapi apa yang memang bukan milik kita, 
kita tidak akan mampu milikinya! 
walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha 
mendapatkannya... 

by : Rossa Hm

AS I LOOK BACK ,

As I look back on my life
I find myself wondering.....
Did I remember to thank you
for all that you have done for me?
For all of the times you were by my side
to help me celebrate my successes
and accept my defeats?
Or for teaching me the value of hard work,
good judgement, courage, and honesty?
I wonder if I've ever thanked you for the simple things...
The laughter, smiles, and quiet times we've shared?
If I have forgotten to express my gratitude
For any of these things,
I am thanking you now....
and I am hoping that you've known all along,
how very much you are loved and appreciated.


p/s : love you mum and thanks for everything. Will love you for the rest of my lifes! Muach ,

by : Rossa Hm

Siti Aminah !

If you go I'm scared I'm going to lose you
You've changed my life I can't lose you now
You're my best friend everything to me
Been there when I didn't even seem to care.
Helped me out when I was in doubt
Making me stronger when I felt weak
Through good and bad whatever you go through
I will go through with you
No matter what happens I care about you
I will never forget you!
I will always remember the times we spent together,
The times you helped me out, the memories we have,
The way you took away my frown and made it a smile
You showed me that not everyone lies,
It's okay to be myself and not anyone else
But you helped me to be me,
Helped me to believe in things again.
Having you as my bestfriend has helped to mend my heart,
My heart which has been broken and hurt many times.
Thank you for helping my happiness, my smile and me!


p/s : It's for you friend! Thanks for being sebahagian besar dalam hidup saya :)

by : Rossa Hm

November Come , October go !

Hello NOVEMBER , welcome to my lifes :)
Bulan ni penentu kehidupan baru saya. 
Eh, bukan nak kahwin tao tapi akan berhijrah untuk memulakan hari baru as a traineer di salah sebuah hotel di Malaysia ni. Ceewaahhh! Hehe.. 
Cam hebat je bunyinya kan? Tapi tak pom. Haha.. 
Tempat not sure lagi kat mana. Berat hati untuk brjauhan dengan family, friends and others..
Adeh! Hopefully, Semuanya akan berjalan dengan baik... 

by : Rossa Hm

Hujan ,

Alohai..
Sekarang musim hujan. So, harihari hujan. Hujan harihari. Hari hujan hari. Tiada bezanya kan? Hehe... 
Yang penting hujan tetap turun dan membasahi bumi ciptaan Allah Swt ni. 
Bila tibanya musim hujan apa pun tak boleh buat. 
Tidoo lagi besttt :) , nak hangout pun susah. 
Kalau harihari makan tidoo makan tidoo nampak gayanya badan boleh jadi demokk maa ! Hee..
Tak lama lagi raya haji bakal tiba, nampaknya kita raya dalam hujan lor tahun ni kan? 
Tapi besttt hujan rahmat katakan.. 
Membawa berkat. 
InsyaAllah! 


by : Rossa Hm

Sekok Sebok !

Adeh! 
Tak tahu lah bakpo dengan tibatiba 
perasaan jadi tak tentu arah gini. 
Hati  jadi sebok! Macammacam dop pikir. 
Campur aduk supo dengan ABC doh sero neh. 
Kalu soal hati dan perasaan neh sayo jadi sensitif sikit. 
Serbo tok keno jadi ni. 
Handoii....

p/s : kadangkadang bendo hok kito tak sangka tu lah akan berlaku dan menjadi milik kito. Bak kato nyo , jodoh Tuhan tentukanGewe lamo mano pom kalu dey tak dop jodoh gak tok leh nok wat gapo dh...

by : Rossa Hm

Monday, October 31, 2011

DAD!!! Thank you for everything...

Ayah…
Terima kasih ayah…
Terima kasih kerana sayang pada anak mu ini,
Terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,
Terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini,
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaan anak mu ini,
Walaupun di saat itu,
Ayah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini…


Ayah………….
Saat anak mu menangis,
Ayah datang memujuk diri ini..
Saat anak mu keseorangan,
Ayah datang menemani diri ini…
Saat anak mu kesepian,
Ayah datang memberi keceriaan ,
Saat anak mu kelaparan,
Ayah datang membawa makanan….
Ayah…
Kasih sayang mu tidak terkira,
Terlalu banyak pengorbanan untuk diri ini,
Terlalu banyak masa telah ayah beri untuk diri ini,
Terlalu banyak perhatian telah ayah beri,
Terlalu banyak ilmu dan pengajaran ayah beri…
Terima kasih ayah,
Terima kasih untuk semua tu…
Anak mu ini berjanji..
Suatu hari nanti…
Anak mu ini akan membalas balik jasa dan pengorbanan ayah..
Anak mu ini akan membawa  kejayaan untuk mu ayah,
Anak mu ini akan memberi kebanggaan untuk mu ayah…
Anak mu ini akan sentiasa ingat nama mu ayah..
Anak mu ini akan sentiasa ingat wajah mu ayah…
Terima kasih lagi sekali ayah…
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anak mu ini mampu beri……….
Terima kasih ayah…
 
by : Rossa Hm

BILA TIBA SAAT ITU ...

Bila saat aku mula suka
Ada rasa mahu lebih mengenalinya
Sedalamnya ingin aku mengerti
Segalanya ingin aku pastikan
Bahawa kita punya persamaan,
punya kisah suka dan duka,
punya impian yang sama..
Apa yang tersembunyi didalam hati
Yang tak bisa untuk luah bicara..

Bila saat aku mula sayang..
Ingin terus lebih dekat mengenali
Terasa ingin mencambah rindu
Selalu mahu menabur kasih
Selalu mahu berkongsi bersama
saat kisah manis dan duka
Agar terasa diri lebih menyayangi
Agar terasa diperlukan dan memerlukan..

 Bila saat aku sudah jatuh cinta...
Terasa ingin mahu memiliki
Terasa ingin selalu didampingi,
Dihargai dan menghargai..
Setulus ikatan pengikat janji
Semekar kasih penghias bahtera
Seteguh doa melayar impian
Walau sesaat tidak ingin ditinggalkan
Dicampakkan ke tepi...

by : Rossa Hm

Cinta itu Milik Kita by Dakmie

Love Love Love !

Renungan ,

Menyesal kemudian tiada kesudahannya !!!

Sunday, October 30, 2011

mencari makna hidup agar lebih sempurna ,

Untuk menemukan makna hidup yang benar, maka kita perlu merujuk kepada Al Quran yang merupakan firman Allah Yang Menghidupkan semua manusia. Tentu saja, Allah SWT yang paling mengetahui tentang hidup kita termasuk makna disebalik kehidup an setiap hambaNya.

Bolehkan kita mencari makna hidup dibawah bimbingan motivator? 
Tentu saja boleh, jika motivator tersebut merujuk pula kepada Al Quran dan hadis. Jika rujukannya bukan Al Quran dan Hadis, maka kita perlu memikirkannya lagi.
Adakah kebenaran universal? 
Ya, tentu saja. Kebenaran universal itu Al Quran sendiri. Ada orang yang tidak mahu mengikuti kebenaran Al Quran sehingga membuat “kebenaran baru” yang mereka terima. Ini masalah iman, perbezaan antara orang yang beriman dan tidak. Jika Anda orang yang beriman, tentu Anda akan menerima dengan sepenuh hati bahawa Al Quran adalah sumber kebenaran sejati, bukan yang lain.

Untuk itu, dalam mencari makna hidup, kita harus bertanya: 
“apa itu hidup menurut Al Quran?”. 
Silahkan baca dan faham setiap inci maksud yang terkandung di dalam Al Quran :)

by : Rossa Hm

Saturday, October 29, 2011

Minat yang sama !

Untie and niece have a same hobby which is 
like to collect something yang bercorakkan leopard. 
Even she was 3 yrs but she likes leopard's design so much. 

damia and me likes it ! how bout u all? huhu ...



my sweeties damia :)

Monday, July 11, 2011

; mutiara hati ;



Gantungkan azam 
dan 
semangatmu setinggi bintang di langit 
dan 
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

Penantian..

Aku masih tetap disini.
Berteman dengan sepi.
Dan ku masih menanti.
Sebuah jawaban tak pasti.

Rasa itu tetap disini.
Menanti dirimu kembali.
Kau lah cahaya hidupku.
Kau lah curahan hatiku.

Tak kan pernah terganti.
Hanya menanti dirimu.
Dengan ketulusan hatiku.
Tuk temani sepi ku!!!

; PEngorbanan Dan belajar Untuk menerima kehiLangan !!!

 
kekadang dalam hidup ini kita akan berdepan dengan keadaan yang mana memerlukan kita memilih samaada A atau B.
Kalau kita pilih A, dalam pada masa yg sama, kita akan hilang B.
Kita kena belajar untuk melepaskan dan menerima kehilangan satu benda yang kita sayang...
yup! itulah kehidupan tak kira perkara apa sekali pun semua itu perlukan pengorbanan.
andai kata tersalah pilih...nahas lah kita =.="

ada hikmah diatas kehilangan itu... mungkin tak nampak harini... esok lusa siapa tahu..

; cinta dan hati ini... ;


"...Cinta dan hati saya hanyalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali saya, bukan untuk dipersendakan..."

; JODOH dari Allah SWT !!!



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita,disepanjang jambatan ia dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 selepas sembahyang. insyallah Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right & Mrs Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki @ wanita yang tidak beriman kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

; Seorang teman pernah berpesan... ;

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.... semoga Allah mempermudahkan Jodoh kita semua... Amin..:-)

; Lemahnya Diri Ini !



Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini

Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini

Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini

Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini

Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini

Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini

Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini

Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini

Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini

Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini

Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini

Lupa matlamat lupa syari'at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini

Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah


Lemahnya diri ini

Kami pohon kekuatan daripadaMu
Tuntunilah langkah kami ke jalan yang Engkau redhai
Biar hanya mampu merangkak..itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku..
Berikan kami peluang merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...
Ya Rabbal’alamin.

; beLAjarLAh unTuk menGharGai ;

said: 
bukan semua kesetiaan dan kejujuran di balas dengan kebahagiaan...
kekadang apa yang di harapkan tak semestinya menjadi kenyataan..
tapi, teramat pedih apabila insan yang kita kenal 
tak pernah menghargai apa yang kita lakukan 
dan 
apa yang kita korbankan untuk dia ... :(

Thursday, March 10, 2011

Friends Come And Go .......


"...Sometimes in life, you find a special friend. Someone who changes your life just by being a part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friend gets you through the hard times, the sad times and the confused times. If you turn and walk away, your forever friend follows. If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. Your forever friend holds your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friend, and forever has no end..."

...True friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget...

Masa Berlalu Pergi ...


Masa-masa yang berlalu adalah sejarah
Kehidupan adalah hari ini
Esok belum pasti
Biar apa pun perancangannya
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak
Bukan hakiki
Yang penting dalam hidup ini
 Juga suatu kewajipan
Mempercayai takdir juga qada dan qadar .

.TEORi MAKANAN.

kali ni mengenai teori makanan subjek kelas masak masak aku. final exam yang mengerikan.hehe, bad question betol. tak tahu nak jawab apa. fikir apa. tulis apa. all of student became to blurrr ! aiyoo yooo, soalan yang tak di ajar di dalam kelas pulak tu!amat geram.apa apa pom, semoga nasib yg baik menyebelahi aku.insyaallah!




Wednesday, March 2, 2011

APA ITU KEJAYAAN ?

definisi kejayaan terpulang kepada setiap individu.. ia adalah sesuatu yang subjektif.. 
dan biasanya ,
bila seseorang tu berjaya.. 
dia akan terasa happy, bahagia, ceria, tersenyum, tenang, gembira, dan lain lain yg sewaktu dengannya. 
dan bila dia tak berjaya @ gagal dia akan rasa kecewa, sedih, termenung, frust, tension dan sebagainya..
for me.. 
KEJAYAAN means “kita dapat apa yang kita mahu” ataupun “tak dapat apa yg kita mahu” 
setelah berusaha bersungguh-sungguh ke arahnya @ dengan perjuangan yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah..
saya tak terima seseorang tu sebagai orang yang berjaya bila dia dapat sesuatu yg dia mahu dgn jln yg tidak sepatutnya..
(jalan tak berusaha.. jalan singkat.. jalan haram.. rasuah.. penipuan dan sebagainya..) 
walaupun nampak dia kelihatan happy.. tp dia tetap bukan org yg boleh dikatakan berjaya.. 
sbb kalau kantoi nanti dia akan kelihatan kecEwa (kena tangkap, kena penjara, masuk neraka dan sebagainya) 
Kesimpulannya.. 
orang ini GAGAL di dunia dan di akhirat. 

Dan bagi saya, orang yang tidak mendapat apa yang dia mahukan, tetapi telah berjuang berhempas pulas ke arahnya.. 
sehingga ada yang mengorbankan jiwa dan raganya sendiri.. 
dia tetap dianggap BERJAYA.. 
Cth:- org yg xlulus exam walaupun dah study bagai nak rak, orang yg berperang menentang penjajah dan terkorban tapi tak jugak merdeka...
Kesimpulan dari saya, KEJAYAAN bergantung pada usaha itu sendiri .

TENTANG GADiS ...

Di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku sebagai ujian penuh hikmah. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, Air Mata lah yang menjadi suri peneman hidup. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di khalayak ramai. Saat sendirian dibilik, air mata berjurai laju. Saat kekelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak kelihatan oleh rakan-rakan. Allah itu Maha Mengetahui.

Menangis .... aku ,
Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang entah apa apa, menangisi masa depan yang tak mampu kufaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu depan mata, tapi aku tidak mampu merasainya ...
Namun, tangisan ku hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat. Dia bertanya padaku, “Untuk apakah dan siapakah tangisanmu itu?” Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan “ Untuk siapa kau rasa?” dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini? buntu tanpa kata ... 

said : ini lah kehidupan, penuh dengan dugaan tanpa disangka sangka kan !

l l rInDu l l

Oqey, today i nak story tentang satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. 
RINDU, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. 
if bercerita pasal rindu kebanyakan kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang. actually, perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. 
Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila something itu hilang untuk jangka waktu yang lama, tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. Huhu.. Adakah anda seperti itu??
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika someone  itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. 
Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanaka sesuatu tugas dengan baik..
Saya yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian... 

p/s : sekian, salam rindu.. Hehe ..... Terjiwang hari ni :)

l l my GF told me l l

it takes more than caring to be a real friend. 
the natural of frienship.
requires a blend of warmest compassion. 
and love deep the true to reach and to comfort. 
the way that you do.
because i can see.
that your kind of frienship.
is princeless to me. 
LOVE YOU !

credit to : siti aminah hussain zaki ~ thank you for this !

Tuesday, March 1, 2011

[ pErASaAn ]

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
 Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Monday, February 28, 2011

ketika pari kecil berkata ;

she has feeling ; she has a heart. 
in fact, she probably has a bigger 
and 
better than any girl. 
you've ever known because she's had a front-row seat to 
The Mess That Is Your Life, and 
she likes you anyway. 
she obviously sees something 
worthwhile in you because 
although you've given her nothing. 
absolutely no reason to still be around, she is. 
and someday, she won't be around ~

D'Masiv ft Kevin Aprilio - Rindu Setengah Mati

Friday, February 18, 2011

- Mulut Mula Berb!cara -

Aku tetap aku ....
dulu, kini , dan selamanya !
urm, post ni tak la seberapa penting cangat, but i think its interesting, maybe! huhu.... sebenarnya, rosa nak story mory la cikit tentang ' mulut yang tiada insurans ni ' urm, hanya tahu membicarakan tentang sesuatu yang bukan bukan pasal rosa. suka memfitnah. cakap belakang belakang. if tak puas hati, cakap face to face la cenang kan ? tak la dapat dosa free free. kuikuikui ~ stop la nak kata kata benda yang bukan bukan tu. dah la semua tu palsu. if reality tu tak mengapa la juga. ish ish ish, manusia ni memang tak boleh betul nak tengok kita cenang, bahagia and whatever lah ... asyik mahu tikam belakang saja ~ really really hate la mereka mereka itu ! tak boleh ke try to jadi hamba ALLAH SWT yang baik, jauh daripada sifat saling mencemburui, tidak memfitnah orang lain... boleh tak ? semaikan lah sikap and sifat yang baik, murni dan tulus dalam diri tuu ? cannot ke korang ? handooiiiiw ...... sabarrrrr jelaa cik rossa yer ! huhu ~

mood : emoo sedikit ! lalalalala ~

Friday, February 11, 2011

Spec!al tO my belOved Dad !!!

 kami seluruh ahli keluarga 
dan
kerabat HM mengucapkan ,
happy birthday to you ....
12 February 1956
(semoga di panjangkan umo 
& sentiasa di murahkan 
rezeki oleh-Nya ) 

love u daddy !!!
moah 
moah
moah

Monday, February 7, 2011

l l AMiGO a.k.a SAHABAT a.k.a FR!END l l

sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, juga ada rasa takut, ada rasa ...... bimbang ,  sedih dan kecewa. dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. jadilah kita sebagai kawannya itu.. kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan disebalik ketenangan ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak akan tahu ... tetapi, jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu !
kdgkala sahabat boleh menjadi musuh kite, mungkin kesilapan yg berlaku secara tidak langsung hilang kepercayaan kite terhadap sahabat.. masalah yg slalu timbul antara sahabat adalah, bile sahabat berasa iri hati, dan lain2.. xkurang juga apabila sahabat tikam kita dari belakang..
untuk mengelak perhubungan menjadi rengang, masing2 perlu merendahkn keegoan.. cara ini perlu ada, kerana perhubungan persahabatan mungkin terjalin balik.. kite juga perlu jangan memilih utk bersahabat, kemungkinan org yg kita anggap dye x baik bg kita, tp pd hakikatnye dia adalah sahabat yg terbaik bg kita..





Sunday, February 6, 2011

TR!STiTiA

that is mean : kesedihan !

bila kesedihan diungkapkan dengan tangisan, ia akan melukai diri sendiri. bila kesedihan di ungkapkan dengan kemarahan, ia akan melukai orang lain.  bila kesedihan diungkapkan dengan gelak tawa, ia tidak akan melukai sesiapa pun. bila kesedihan diungkapkan dengan kata-kata, luka akan sembuh ...


p/s : jangan terlalu bermain  dengan emoosi .... renung2kan lah !