Thursday, March 10, 2011

Friends Come And Go .......


"...Sometimes in life, you find a special friend. Someone who changes your life just by being a part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friend gets you through the hard times, the sad times and the confused times. If you turn and walk away, your forever friend follows. If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. Your forever friend holds your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friend, and forever has no end..."

...True friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget...

Masa Berlalu Pergi ...


Masa-masa yang berlalu adalah sejarah
Kehidupan adalah hari ini
Esok belum pasti
Biar apa pun perancangannya
Namun kata-kata itu bukan suatu kebenaran atau mutlak
Bukan hakiki
Yang penting dalam hidup ini
 Juga suatu kewajipan
Mempercayai takdir juga qada dan qadar .

.TEORi MAKANAN.

kali ni mengenai teori makanan subjek kelas masak masak aku. final exam yang mengerikan.hehe, bad question betol. tak tahu nak jawab apa. fikir apa. tulis apa. all of student became to blurrr ! aiyoo yooo, soalan yang tak di ajar di dalam kelas pulak tu!amat geram.apa apa pom, semoga nasib yg baik menyebelahi aku.insyaallah!




Wednesday, March 2, 2011

APA ITU KEJAYAAN ?

definisi kejayaan terpulang kepada setiap individu.. ia adalah sesuatu yang subjektif.. 
dan biasanya ,
bila seseorang tu berjaya.. 
dia akan terasa happy, bahagia, ceria, tersenyum, tenang, gembira, dan lain lain yg sewaktu dengannya. 
dan bila dia tak berjaya @ gagal dia akan rasa kecewa, sedih, termenung, frust, tension dan sebagainya..
for me.. 
KEJAYAAN means “kita dapat apa yang kita mahu” ataupun “tak dapat apa yg kita mahu” 
setelah berusaha bersungguh-sungguh ke arahnya @ dengan perjuangan yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah..
saya tak terima seseorang tu sebagai orang yang berjaya bila dia dapat sesuatu yg dia mahu dgn jln yg tidak sepatutnya..
(jalan tak berusaha.. jalan singkat.. jalan haram.. rasuah.. penipuan dan sebagainya..) 
walaupun nampak dia kelihatan happy.. tp dia tetap bukan org yg boleh dikatakan berjaya.. 
sbb kalau kantoi nanti dia akan kelihatan kecEwa (kena tangkap, kena penjara, masuk neraka dan sebagainya) 
Kesimpulannya.. 
orang ini GAGAL di dunia dan di akhirat. 

Dan bagi saya, orang yang tidak mendapat apa yang dia mahukan, tetapi telah berjuang berhempas pulas ke arahnya.. 
sehingga ada yang mengorbankan jiwa dan raganya sendiri.. 
dia tetap dianggap BERJAYA.. 
Cth:- org yg xlulus exam walaupun dah study bagai nak rak, orang yg berperang menentang penjajah dan terkorban tapi tak jugak merdeka...
Kesimpulan dari saya, KEJAYAAN bergantung pada usaha itu sendiri .

TENTANG GADiS ...

Di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku sebagai ujian penuh hikmah. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, Air Mata lah yang menjadi suri peneman hidup. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di khalayak ramai. Saat sendirian dibilik, air mata berjurai laju. Saat kekelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak kelihatan oleh rakan-rakan. Allah itu Maha Mengetahui.

Menangis .... aku ,
Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang entah apa apa, menangisi masa depan yang tak mampu kufaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu depan mata, tapi aku tidak mampu merasainya ...
Namun, tangisan ku hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat. Dia bertanya padaku, “Untuk apakah dan siapakah tangisanmu itu?” Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan “ Untuk siapa kau rasa?” dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini? buntu tanpa kata ... 

said : ini lah kehidupan, penuh dengan dugaan tanpa disangka sangka kan !

l l rInDu l l

Oqey, today i nak story tentang satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. 
RINDU, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. 
if bercerita pasal rindu kebanyakan kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang. actually, perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. 
Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila something itu hilang untuk jangka waktu yang lama, tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. Huhu.. Adakah anda seperti itu??
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika someone  itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. 
Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanaka sesuatu tugas dengan baik..
Saya yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian... 

p/s : sekian, salam rindu.. Hehe ..... Terjiwang hari ni :)

l l my GF told me l l

it takes more than caring to be a real friend. 
the natural of frienship.
requires a blend of warmest compassion. 
and love deep the true to reach and to comfort. 
the way that you do.
because i can see.
that your kind of frienship.
is princeless to me. 
LOVE YOU !

credit to : siti aminah hussain zaki ~ thank you for this !

Tuesday, March 1, 2011

[ pErASaAn ]

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
 Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.